Kerajaan bersedia untuk berbelanja besar demi menyelamatkan nyawa rakyat dan ekonomi negara akibat penularan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penularan wabak itu amat mencabar bagi kerajaan kerana membabitkan nyawa dan juga menjejaskan ekonomi negara.